crown_prince
Amat menarik pandangan Susan Loone dalam postingnya bertajuk "Truth needs no ‘boycott’, more free press, please…" Menurut Susan:
Rather than boycotting, I’d really like to see more alternative news like Malaysiakini. If we want people to dismiss government controlled media as nothing but toilet papers, we need to give them an alternative. Until then, boycotting is a knee jerk reaction and will soon become a laughing stock as those newspapers continue to keep their readership, worst still, find new ways to increase them.
Pandangan itu mungkin selari dengan pandangan Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, yang sehingga ke hari ini amat keberatan atau enggan didekati wartawan akhbar-akhbar pro-Barisan Nasional. Harakahdaily melaporkan:
Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu meminta agar Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi terus mengekalkan Menteri Penerangan, Dato’ Zainudin Maidin atau Zam pada posisi tersebut lagi pada masa akan datang.
“Kita minta Abdullah kekalkan jawatan Zam supaya Umno-BN mendapat menteri yang bodoh dan tidak pandai berfikir ini,” ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily
Mohamad Sabu juga dilaporkan berkata:
"...kita di Malaysia ni sudah lama terasa dengan laporan palsu dan bohong oleh media kongkongan kerajaan...
"Bayangkan perasaan kita pembangkang apabila diperlakukan dinafikan kebebasan media. Kita tersinggung sepanjang hayat dengan laporan menipu dan bohong media kerajaan yang jahat itu"...
...yang memburukkan negara bukanlah laporan Al-Jazeera sebaliknya sikap dan kenyataan Zam yang menyebabkan dunia dapat menilai kualiti menteri negara ini.
"Zam adalah menteri yang paling memalukan dan tidak ada kualiti," katanya lagi.
Bayangkan, betapa lawaknya kalau dalam berita itu Mohamad Sabu melancarkan kempen boikot Zam! Nasib baik dia tidak buat kerja bodoh itu.
Sebenarnya kebencian terhadap media-media pro-kerajaan bukan sahaja semakin meluas dan menjadi bahan kutukan di dalam negara ini, malah sudah melarat ke luar negara.
Dalam posting bertajuk "Pembodohan ala Pers Malaysia" (tajuk di sini juga meniru tajuk yang digunakan oleh Welgedewelbeh - maling mencuri lagi?), seorang blogger Indonesia, Welgedewelbeh, yang mahu dikenali sebagai mulut memperlecehkan Bernama:
Ya gustiiii, Malaysia … Malaysia …. kenapa kantor berita resmi negerimu begitu lucu ya ….. wak ka ka ka. Kalau rakyatnya dicekokin berita kayak gitu terus … pantas saja mereka begitu cupet mikirnya. Silahkan bandingkan pemberitaan kejadian serupa juga oleh Jawapos, Kompas, Tempo Interaktif, Suara Merdeka de el el. Inilah pembodohan terlucu ala pers Malaysia kepada rakyatnya.(TVRI saja dulu nggak lucu begitu … mmhm malah membosankan kali yaaa).
Selain cerita mengenai pembodohan ala akhbar Malaysia yang didedahkan oleh Welgedewelbeh serta banyak pendedahan lain lagi, penulis ruangan Pemerhati Media dalam akhbar Siasah keluaran terbaru juga menulis mengenai pembohongan media
Bersemangat sungguh akhbar-akhbar harian pro-Barisan Nasional melaporkan lapan lelaki mendakwa anggota Hindu Rights Action Force (Hindraf) enggan membayar bil makanan berjumlah RM89 dan RM54 dengan alasan mereka memperjuangkan nasib kaum India.
Lelaki-lelaki itu juga dilaporkan membelasah sehingga cedera dua pekerja sebuah restoran.
Akhbar tersebut juga melaporkan Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sulaiman Junaidi berkata, lelaki-lelaki tersebut "enggan membayar bil atas alasan sama iaitu memperjuangkan nasib kaum India".
Akhbar-akhbar yang menjadi lidah dan suara Barisan Nasional itu tidak selamanya bernasib baik dengan pembohongan mereka. Pengurus restoran berkenaan telah mengadakan sidang akhbar menafikan pembohongan itu.
Restoran Sri Paandi menafikan dakwaan akhbar tempatan bahawa pihaknya mengaitkan nama Hindu Rights Action Force (Hindraf) dalam kejadian serangan di premis restoran itu di Brickfields.
Pengurus restoran itu R. Velokrishna, 44, berkata berdasarkan salinan laporan polis yang dibuat oleh restoran itu, ia tidak pernah mengaitkan nama Hindraf dengan kejadian tersebut.
"Dalam laporan itu kami tidak ada menyebut nama Hindraf langsung dan bukan kami yang memanggil media kelmarin, dari sumber mana mereka dapat informasi itu kami juga tidak tahu," katanya pada sidang akhbar di restorannya.
Ini bukan pertama kali media-media pro-Barisan Nasional berbohong di mana contoh paling nyata pembohongan media ialah tulisan Datuk Kalimullah Hassan bertajuk "And who, really, is demonising whom?"
Ruangan itu selanjutnya menyatakan:
Kerana takut terjatuh dalam satu lubang dua kali, semakin bertambah jumlah mereka yang mengambil keputusan enggan mempercayai laporan media-media pro-Barisan Nasional.
Sebut apa sahaja tajuk tajuknya - "Pas berkuasa kerana SPR adil," "Polis tidak guna kekerasan," "Perhimpunan haram cuba perangkap institusi raja," "Demonstrasi jejas perniagaan," "Sub Inspektor cerita dibelasah 30 pemuda," "Perhimpunan jejas aktiviti perniagaan," atau "Orang ramai takut masuk ibu negara". Meskipun berita-berita itu tidak dituduh sebagai pembohongan, tetapi semakin ramai yang tidak percaya malah mencebik.
Disebabkan berita yang dianggap "Pembodohan ala Pers Malaysia" seperti berita bertajuk "Duta Besar suraikan 1,000 aktivis, demonstrasi anti-Malaysia", bagaimana kalau berita yang sepatutnya dipercayai pun tidak dipercayai? Bagaimana kalau semuanya tidak dipercayai termasuk berita bertajuk "Tengku Adnan nafi hantar kenyataan melalui SMS"?
Kepada rakyat yang ditipu, bagaikan ada dua pilihan. Pertama, biarkan sahaja rakyat dan anak cucu kita menjadi mangsa pembodohan (meminjam istilah yang digunakan oleh Welgedewelbeh) media-media Malaysia.
Kedua, seperti kata Susan, daripada memboikot, lebih baik wujudkan lebih banyak saluran berita alternatif. Memang benar kata Susan, daripada membuang segala masa untuk berkempen supaya rakyat memboikot media-media pro-kerajaan, lebih baik digunakan masa yang tidak banyak itu untuk mewujudkan lebih banyak saluran berita alternatif.
Tak ada duit? Kalau tak ada modal, buat blog sajalah! Pada kutu ini, selain dari ciri-cirinya yang lain, blog juga adalah jurnalisme rakyat. Sebelum ini kutu ini menyifatkan blog sebagai "charismatic democracy" - yang memikat hampir semua orang untuk meluahkan pemikiran dan perasaan mereka dengan memblog. Apa-apa pun boleh.
Bagaimanapun, seseorang blogger mestilah memastikan berita yang disiarkannya tepat dan tidak bohong. Mesti dibezakan antara berita (news) dan pandangan (views). Kalau news, mesti tepat dan tidak bohong. Kalau views, lantak hanglah! Kalau orang tak suka, orang tak baca. Atau, mungkin dihadiahkan dua tiga guni caci dan maki!
Yang lebih penting ialah melakukan sesuatu untuk menangani pembohongan dan pendustaan media-media yang disifatkan sebagai jahat itu. Tambahan pula, nak boikot apa kalau tak perlu beli? Kalau nak baca juga, baca sahaja pembohongan mereka dalam laman web media-media jahat itu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar